Ayam Grill Pes Tomato

Ayam Grill Pes Tomato Adjemz

šŸ½ļøNak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Ayam Grill Guna Pes Tomato Adjemz!

Nak masak lauk sihat tapi tetap sedap dan berperisa? Ayam Grill guna Pes Tomato Adjemz ni memang terbaik untuk anda!
Resipi ni sesuai sangat untuk ibu yang nak masak menu grill tanpa perlu guna banyak bahan. Cukup dengan satu pes serbaguna, rasa ayam jadi padu, juicy dan penuh aroma!

Tak perlu kisar bawang, tak perlu marinate berjam-jam. Guna Pes Serbaguna Masak Tomato Adjemz, 15 minit je dah boleh masuk oven, air fryer atau grill pan.

(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

IKLAN

šŸ›’ Bahan-Bahan Ayam Grill Pes Tomato

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuatĀ Ayam Grill Pes TomatoĀ  gunaĀ Ā Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

Bahan – Bahan

  • Setengah ekor ayam dipotong sederhana
  • Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sudu yogurt perisa asli atau mayonis (sekiranya ada)
  • Gula atau madu (ikut citarasa anda)

šŸ‘©ā€šŸ³ Cara-Cara Masak Ayam Grill Pes Tomato

  1. Gunakan 1-2 sudu Pes Serbaguna Tumisan Masak Tomato Adjemz
  2. Tambahkan sedikit minyak masak 
  3. Boleh tambah 1 sudu yogurt perisa asli / mayonis  (sekiranya ada kalau tiada boleh abaikan),
  4. Tambahakan gula atau madu 
  5. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam selama 15 min
    (paling elok 24jam)
  6. Panaskan kuali non-stick atau grill pan. Boleh juga guna air fryer atau oven.
  7. Grill ayam setiap bahagian selama 10 minit atau hingga masak sempurna dan keperangan.
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama salad, kentang lenyek atau nasi.

✨ Tips Memasak Ayam Goreng Yang Sedap

  1. Gunakan bahagian peha – lebih juicy dan tidak cepat kering
  2. Untuk rasa lebih smoky, tambah sedikit sos BBQ ke dalam perapan
  3. Jangan balikkan ayam terlalu awal – biar bahagian luar ā€˜caramelized’ dulu
  4. Ā Nak versi lebih pedas? Tambah serbuk cili atau cili flakes masa perap
  5. Sesuai juga dibuat meal prep – boleh simpan dalam bekas dan panaskan semula

šŸŽ¦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top