Kami tahu, sebagai pengguna Muslim, anda berhak tahu status halal setiap produk yang masuk ke dapur anda.
Dan kami sangat hargai soalan anda tentang:
“Pes Adjemz halal ke?”
“Kenapa tiada logo halal JAKIM di pek?”
“Produk ni selamat ke makan?”
Jawapan ringkas kami:
✅ Ya, kilang yang hasilkan Pes Adjemz sudah ada sijil halal JAKIM.
⏳ Cuma, jenama Adjemz sendiri masih dalam proses mohon sijil halal JAKIM.
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
Kenapa Masih Tiada Sijil Halal JAKIM Di Label?
Jawapannya mudah:
Adjemz ialah jenama baharu yang menggunakan kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) — kilang yang memang telah disahkan HALAL oleh JAKIM, dan ada pensijilan GMP serta HACCP.
Namun, untuk dapatkan sijil halal atas nama jenama sendiri, kami perlu:
Menyediakan semua dokumen teknikal
Mendapatkan salinan sijil halal bahan mentah dari pembekal
Siapkan pelabelan akhir & daftar produk rasmi
Menyusun fail mengikut format piawaian JAKIM
Menghantar permohonan rasmi dan tunggu lawatan audit
Dan ya, proses ini sedang berjalan sekarang.
Kenapa Proses Ni Ambil Masa?
Proses mohon halal bukan semudah cop atas kertas.
Kami pilih untuk ikut semua prosedur JAKIM secara telus dan lengkap, supaya sijil halal yang kami peroleh nanti adalah sah, diiktiraf dan boleh bertahan lama.
Kami tak nak:
❌ Gunakan logo halal palsu
❌ Ambil jalan pintas
❌ Sorok status sebenar
Sebaliknya, kami nak bina kepercayaan jangka panjang.
Sebab tu kami sangat telus berkongsi status sebenar dengan anda hari ini.

Apa Yang Buat Kami Yakin Untuk Jual Walaupun Tanpa Logo Halal Lagi?
Kerana kami tahu:
✔️ Setiap pes Adjemz dihasilkan di kilang yang SAH halal JAKIM
✔️ Kami hanya guna bahan-bahan yang juga disahkan halal
✔️ Setiap proses pembuatan dipantau mengikut piawaian makanan selamat
Kami tak akan jual produk ke mulut orang kalau kami sendiri tak yakin nak makan.
Dan InsyaAllah, sijil halal atas nama Adjemz sedang dalam proses – kami akan umumkan bila tiba masanya.
Kami Telus, Dan Kami Serius Tentang Amanah Makanan
Jadi jangan risau, walaupun kami sebagai pemilik dan pekerja Adjemz adalah muslim , kami tetap merasakan ia adalah tanggugjawab dan amanah kami untuk memastikan produk kami mendapat pengiktiran dari badan yang bertauliah seperti JAKIM.
Halal bukan sekadar logo – tapi cara kerja, sumber bahan, dan integriti.
Kami di Adjemz berjanji untuk terus telus, jujur, dan bertanggungjawab dalam menyampaikan makanan ke dapur anda.
Doakan proses kami dipermudahkan, dan InsyaAllah kami akan tampil dengan sijil halal rasmi dari JAKIM tak lama lagi.
Bonus: Affiliate Pun Tak Perlu Risau – Produk Ni Sah Selamat & Diyakini
Jika anda adalah affiliate atau nak mula promote Pes Adjemz, anda boleh beritahu pelanggan:
“Brand Adjemz sedang mohon halal JAKIM, tapi kilang yang hasilkan produk ni dah ada sijil halal rasmi, serta ikut standard GMP dan HACCP.”
💼 Berminat nak jadi affiliate produk halal & selamat?
Daftar sekarang & kami bantu anda dari A-Z!
🛒 Nak rasa dulu kualiti dan rasa asli Pes Adjemz?
Isikan borang tempahan di bawah

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja