🍽️ Nak Masak Apa Hari Ini? Jom Cuba Asam Pedas Telur Ikan Mayong Guna Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz – Pekat, Berlemak & Sedap!
Bagi penggemar lauk kampung yang rare dan padu, telur ikan mayong masak asam pedas memang satu nikmat luar biasa. Bayangkan telur ikan yang lembut dan berlemak bila bergabung dengan kuah asam pedas pekat pedas, fuhh…memang buat nasi bertambah berkali-kali!
Dengan Pes Tumisan Asam Pedas Adjemz, memasak akan jadi super senang & cepat. Yang penting hasilnya tetap padu! Hidangan ini cukup istimewa dengan gabungan rasa pedas, manis, dan aroma rempah bunga kantan yang memikat. Yang tak reti masak pun boleh buat..InsyaAllah hasilnya pasti menjadi.
✨ Kenapa Guna Pes Asam Pedas Adjemz?
✔️ Rasa autentik asam pedas Johor – pedas, masam dan pekat
✔️ Siap ditumis – jimat masa di dapur
✔️ Sesuai untuk ikan, sotong, telur ikan, ayam & seafood lain
✔️ Tak perlu kisar cili atau rempah lagi!
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my

RahsiaDoaMustajab
🍽️ Bahan-Bahan Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Asam Pedas Telur Ikan Mayong menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.
Bahan – Bahan
- 500g telur ikan mayong
- Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz
- 1 cawan Air (250ml)
- 1 biji Tomato dipotong 4
- Kacang Bendi / Terung
- Daun limau purut
Cara-Cara Masak Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Penyediaan Telur Ikan Mayong
- Rendam telur dengan asam jawa selama 30 min (untuk buangkan hanyir)
- Basuh bersih
- Masak air sehingga mendidih dan masukkan telur
- Biarkan dalam 2-3 min dalam air mendidih (jangan terlalu lama)
- Angkat dan ketepikan
Penyediaan Kuah
- Masukkan setengah pek Pes Serbaguna Tumisan Asam Pedas Adjemz ke dalam periuk
- Tambahkan 1 cawan Air (250ml) dan kacau sehingga pes larut
- Adjust kepekataan kuah dengan tambahan air atau pes mengikut citarasa anda
- Masukkan tomato/kacang bendi / terung
- Biarkan kuah mendidih sehingga sayur masak
- Masukkan telur ikan mayong dan daun limau purut
- Sambung masak sekejap dan tutup api (jangan masak lama)
- Sedia untuk dihidang bersama nasi panas
Tips Adjemz
Rendam telur ikan dalam air asam jawa selama 5–10 minit sebelum masak untuk hilangkan bau hanyir.
Masukkan telur bila kuah dah betul-betul mendidih untuk elak ia pecah.
Jangan terlalu kerap kacau – biar kuah saluti perlahan-lahan.
Guna tomato masak ranum untuk rasa manis semulajadi dan kuah lebih pekat.
🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!
Tak perlu fikir menu setiap hari.
Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!
Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja