ayam masak bali

Ayam Masak Bali

🍽️ Ayam Masak Bali Guna Pes Tumisan Lemon Berempah Adjemz – Masam, Pedas & Wangi Serai Memikat Selera!

“Nak masak apa hari ini?” Kalau anda masih mencari idea untuk hidangan makan tengah hari atau malam yang simple dan tak banyak bahan, apa kata cuba ayam masak bali!

Resipi ini diinspirasikan daripada masakan Indonesia dan pernah viral di Malaysia satu ketika dulu

Hidangan ini cukup istimewa dengan gabungan rasa pedas, manis, dan aroma serai yang memikat. Anda tak perlu guna banyak serai. Guna Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz je dah cukup.

(sila scroll ke bawah sekali untuk video cara memasak)

Resipi ini mesti ada dalam senarai wajib cuba! Apa yang best, ayam masak bali boleh diolah mengikut selera—sama ada pedas atau manis, terpulang kepada cita rasa anda. Semuanya mudah dan zass! dengan menggunakan Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz.  Rasa unik serai dan bahan kisar berempah  memberikan rasa yang lebih “padu.”

ps: Bookmark page ini supaya anda boleh rujuk semula di masa depan 😘

IKLAN

🛒 Bahan-Bahan Ayam Masak Bali

Ini adalah bahan yang paling basic untuk membuat Ayam Masak Bali menggunakan Pes Adjemz. Anda boleh adjust kuantiti dan sukatan bergantung pada citarasa anda.

Bahan A (Perap Ayam)

  • 500g Ayam – potong kecil
  • serbuk kunyit
  • garam (secukup rasa)

 

Bahan Untuk Menumis

  • Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz
  • 1 batang serai – diketuk dan dicarik
  • 2 tangkai daun kari
  • Cili merah atau cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • kicap manis
  • gula & garam (secukup rasa)

👩‍🍳 Cara-Cara Masak Ayam Masak Bali

Penyediaan Ayam
  • Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 15 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.
  • Angkat dan ketepikan.

 

Penyediaan Kuah
  • Gunakan sedikit minyak gorengan ayam
  • Masukan daun kari, serai, cili merah atau cili padi 
  • Masak dalam minyak sehingga serai, daun kari dan cili  garing
  • Masukkan 1-2 sudu besar Pes Serbaguna Tumisan Lemon Berempah Adjemz
  • Tambahkan kicap manis
  • Tumis sebentar sampai naik minyak
  • Kacau hingga semua bahan sebati dan berkilat
  • Masukkan ayam, gaul rata, 
  • Tuangkan sedikit air kalu mahu sedikit berkuah
  • Perasakan kuah dengan garam & gula kalau suka
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas

✨ Tips Memasak Adjemz

  1. Gunakan ayam segar supaya rasa ayam lebih juicy dan lembut.
  2. Untuk versi lebih manis berlemak, masukkan sedikit gula melaka.
  3. Boleh tambahan daun limau purut untuk memberikan lagi aroma yang lazat pada masakan
  4.  Biarkan kuah mereneh lebih lama supaya perisa lebih sebati dalam ayam
  5. Jika suka lebih berkuah, tambahkan air atau sedikit santan untuk rasa lemak manis.

🎦KOLEKSI VIDEO MASAKAN

Lima jenis pes, lima rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top