resipi botok-botok ikan
|

Resipi Tradisi – Botok-botok Ikan Kayu

Anda mesti pernah dengar atau telah pun mencuba masakan botok-botok ikan tenggiri tetapi pernahkah anda makan botok-botok ikan kayu atau ikan aya yang direbus bersama santan?

 

Sebenarnya, admin rasa mungkin agak tidak tepat untuk menamakan makanan ini sebagai botok botok kerana cara masakannya agak berbeza dengan yang kebiasaan iaitu kukus. Oleh kerana keluarga admin mengelarkannya botok botok, jadi admin turut akan menggunakan nama ini. Sekiranya anda tahu nama sebenar masakan ini. boleh komen di bawah ye.. 😊

 

Seperti yang admin tulis di atas, keistimewaan resipi ini, ia tidak dikukus. Ia akan direbus selama 3-4 jam dengan santan kelapa. Variasi cara masakan ini mengeluarkan rasa lemak ulam yang amat lazat dan unik bila dimakan bersama nasi putih panas dan sambal belacan.

 

Oleh kerana keluarga admin adalah pengemar ulam-ulaman, anda akan lihat macam-macam ulam diletakkan. Ulam lebih banyak dari isi ikan. Lagi banyak ulam dan campuran ulam lagi best! Ikan kayu yang digunakan hanya menjadi perencah untuk menyedapkan rasa botok botok ini dan juga untuk anak-anak. 

 

Sekiranya anda ingin mencuba resipi ini, anda boleh menggunakan apa-apa jenis dan sebanyak mana pun ulaman yang anda suka.

Bahan Utama

1 ekor ikan kayu yang di potong kecil dan dibuang tulangnya.

Ulam Yang Digunakan

Kuantiti dan jenis ulam yang ingin digunakan bergantung pada citarasa anda.

daun selasih
daun limau purut
daun mengkudu
daun kaduk
daun betik

Bahan Rempah Tumisan

Semua bahan-bahan ini perlu di blend/kisar halus.

  1. 3 sudu besar serbuk kari ikan
  2. 5 batang serai
  3. 1 inci lengkuas
  4. 7 biji bawang merah
  5. 2 inci halia

Bahan Untuk Kuah Tumisan

Bahan Untuk Kuah Tumisan

  1. 2 sudu besar kerisik
  2. 1 cawan minyak masak
  3. 1 genggam asam jawa (bergantung pada citarasa anda)

 

 

Bahan Untuk Merebus Botok-botok

  1. 1 biji santan kelapa pekat 
  2. 1  cawan air 

Pembalut

CARA-CARA

  1. Sediakan bahan-bahan di atas
  2. Hiris kasar daun kunyit, daun mengkudu dan daun limau purut
  3. Panaskan minyak masak
  4. Tumis bahan rempah tumisan yang telah dikisar halus sehingga naik bau
  5. Masukkan kerisik dan air asam jawa.
  6. Masukkan ikan.
  7. Setelah ikan separa masak, masukkan daun ulam yang dihiris
  8. Kacau sebati sehingga daun separa layu
  9. Tutup Api
  10. Sediakan daun pisang
  11. Bungkus ikan dan daun ulam-ulaman seperti dalam video.
  12. Rebus bungkusan ikan di dalam santan yang telah ditambah dengan sedikit air.
  13. Rebus selama 3-4 jam dalam api yang sederhana kecil.
  14. Kacau dan terbalikkan  bungkusan ikan sekali sekali untuk membolehkan ia masak sekata.
  15. Setelah masaak ia sedia dinikmati bersama nasi panas dan sambal belacan.

Selamat Mencuba!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *