Selamat Datang ke Adjemz.Com

An-Naazi'aat
the download will begin in 10 seconds (limit : 500ko/s)
All zip Quran

1
2

    1. وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا
    79|1|Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
    2. وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا
    79|2|Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
    3. وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا
    79|3|Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
    4. فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا
    79|4|Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
    5. فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا
    79|5|Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
    6. يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ
    79|6|Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
    7. تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ
    79|7|Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
    8. قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ
    79|8|Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
    9. أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ
    79|9|Pemandangannya tunduk gerun.
    10. يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ
    79|10|Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
    11. أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً
    79|11|"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
    12. قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ
    79|12|Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
    13. فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ
    79|13|(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
    14. فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ
    79|14|Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
    15. هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَى
    79|15|Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
    16. إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى
    79|16|Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
    17. اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى
    79|17|(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
    18. فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَى أَنْ تَزَكَّى
    79|18|"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
    19. وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى
    79|19|`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
    20. فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَى
    79|20|(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
    21. فَكَذَّبَ وَعَصَى
    79|21|Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
    22. ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَى
    79|22|Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
    23. فَحَشَرَ فَنَادَى
    79|23|Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
    24. فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى
    79|24|Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
    25. فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَى
    79|25|Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
    26. إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَى
    79|26|Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
    27. أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا
    79|27|(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
    28. رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا
    79|28|Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
    29. وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا
    79|29|Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
    30. وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا
    79|30|Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
    31. أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا
    79|31|Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
    32. وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا
    79|32|Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
    33. مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ
    79|33|(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
    34. فَإِذَا جَاءَتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَى
    79|34|Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
    35. يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ مَا سَعَى
    79|35|Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
    36. وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِمَنْ يَرَى
    79|36|Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
    37. فَأَمَّا مَنْ طَغَى
    79|37|Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
    38. وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
    79|38|Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
    39. فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى
    79|39|Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
    40. وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى
    79|40|Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
    41. فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
    79|41|Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
    42. يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا
    79|42|Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
    43. فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا
    79|43|Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
    44. إِلَى رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا
    79|44|Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
    45. إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا
    79|45|Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
    46. كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
    79|46|(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

    Projek Wakaf Quran

    Kedai Buku

    Advertisement

    Translate »
    Jom Chat!