Selamat Datang ke Adjemz.Com

Sumbangan Projek Ngaji Online

Assalammualaikum...

Kami telah membuka Channel Youtube dan Website Mengaji Online Surah dengan Panduan Tulisan Rumi. Kami dedikasikan usaha ini untuk mereka yang masih belum fasih membaca Al-Quran dan juga saudara baru yang beragama Islam. Semoga ia dapat membantu memudahkan pembacaan dan hafalan seterusnya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Kami harap anda mendapati semua video berguna. Like, Share atau muat turun (dibenarkan) untuk menyebarkan manfaatnya kepada orang lain.

Misi kami adalah untuk memuat naik kesemua 114 Surah untuk semua. Di sini, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk “PROJEK NGAJI ONLINE ” ini. Semoga dengan sumbangan anda ini dapat menguatkan semangat kami untuk terus berusaha mempercepatkan misi ini dan menjadikannya projek sepenuh masa. Segala sumbangan anda, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih, dan kami doakan semoga anda diberi ganjaran berlipat ganda yang selayakknya oleh Allah.

 

 Sila subscribe untuk menyokong saluran ini.  Tolong doakan kami. Aamiiin 💖

Sumbangan Projek Ngaji Online

Translate »
Jom Chat!