KOLEKSI KATA-KATA MOTIVASI

Koleksi Kata-kata Motivasi

Koleksi Kata-kata Motivasi

 

Ada masanya kita akan rasa down dan hilang motivasi. Di saat itu, kita akan mencari pelbagai cara dan hala tuju untuk memulihkan kembali semangat kita.

 

Salah satunya ialah dengan membaca dan menghayati  kata-kata & quote motivasi yang ada.

 

Kata-kata motivasi ini sangat berkuasa apabila digunakan dengan betul. Apa yang kita fikirkan, apa yang kita percaya, apa yang kita rasa semuanya bermula dan ditentukan minda kita sendiri.

 

Kuasa Minda  mempunyai kekuatan yang hebat dan mampu merealisasikan apapun jua impian dengan izin Allah..

3 Cara Mudah Untuk Kekal Bersemangat dan Bermotivasi

 

Lumrah manusia, satu ketika akan rasa sangat termotivasi dan terus buat perubahan secara mendadak.

 

Ada ketika juga, kita lemau, tak termotivasi langsung dan tak nak buat apa-apa. Ia memang perkara normal dan biasa. Semua orang rasa benda yang sama.

 

Untuk mengekalkan diri supaya sentiasa bersemangat dan kekal berusaha mencapai impian, berikut adalah 3 cara mudah yang anda boleh cuba.

1. Vision Board Anda

 

Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje walaupun anda rasaa mustahil untuk dicapai. Ingat… tiada yang mustahil sekiranya dengan izin Allah..

 

Gambar itu boleh ditampal pada dinding atau dalam jurnal, buku,  pada screen computer atau di mana-mana saja yang sesuai dan  anda  boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari.

 

Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh-contoh Vision Board

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai  melalui penggunaan minda bawah sedar.

 

Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

 

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta.

 

Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

2. Tulis Impian Anda SETIAP HARI

 

Tulis target dan impian hidup anda setiap hari pada waktu pagi sebelum buat apa-apa. 

 

Hanya ambil buku nota kecil dan lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini.

 

Kenapa kena tulis setiap hari? Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni. Ia akan melatih minda anda menjadi lebih fokus dan bersedia untuk bertindak untuk mendapatkan impian itu.

 

3. Baca Kisah Inspirasi Orang lain

 

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri. 

 

Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya bina empayar sendiri selepas jerih perih itu, anda akan secara tidak langsung termotivasi.

 

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan.

 

Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *