Surah Al Mulk

Surah ini merupakan surah ke-67 dalam Al-Quran. Ia tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan surah ”Al-Mulk” (Kuasa Pemerintahan), kerana pada awal surah ini Allah Ta’ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak, – menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.