Ikan Tenggiri Goreng Kunyit Untuk Ibu Berpantang

Bahan bahan Utama:

Potongan Ikan Tenggiri

Bahan Perencah Masakan:

  • 1/2 sudu kecil Serbuk lada hitam – tumbuk
  • 1/2 biji Lemon/Limau Nipis  – Diperah dan ambil jus
  • Minyak zaitun – 1/2 sudu besar
Blend/tumbuk halus
  • seinci Kunyit hidup
  • 3 ulas Bawang putih
  • Garam secukup rasa

 

 

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan perencah masakan dan perap bersama ikan selama 10min atau semalaman.
Tip: Untuk Ibu berpantang, gunakan minyak baru dan goreng menggunakan kuali tak melekat supaya dapat mengurangkan penggunaan minyak.
Kak Jemz menggunakan Air Fryer.. Kelebihan Air Fryer ini kita tidak perlu menggunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
Hanya 1 sudu besar minyak zaitun sahaja. Boleh juga tidak menggunakan minyak, tapi rasanya kurang ummpphh..!

You may also like