Ikan Tenggiri Bakar Untuk Ibu Berpantang

Bahan bahan Utama:

Potongan Ikan Tenggiri

Bahan Perencah Masakan:

  • 1/2 sudu kecil Serbuk lada hitam – tumbuk
  • 1/2 biji Lemon/Limau Nipis  – Diperah dan ambil jus
  • Minyak zaitun – 1/2 sudu besar
Blend/tumbuk halus
  • seinci Kunyit hidup
  • 3 ulas Bawang putih
  • Garam secukup rasa

Tambahan : Optional

Daun Kunyit

Cara-cara:

Gaulkan semua bahan perencah masakan dan perapkan bersama ikan.  Balut dengan daun kunyit dan grill

Tips dari Kak Jemz ~ Untuk memudahkan ibu yang berpantang sendirian.

Sediakan potongan Ikan tenggiri bersama-sama ikan-ikan lain yang boleh dimakan ketika berpantang.

    1. Blend bahan perencah agak-agak ikut kuantiti ikan yang ada. (agak-agak je kuantiti.. ini bukan kelas sains yang memerlukan sukatan khas… kalau suka kunyit banyak .. letak ler banyak….)
    2. Balut seketul-seketul dengan aluminium foil atau plastik pembalut makanan.
    3. Simpan dalam freezer.
    4. Sekiranya nak makan, keluarkan satu-satu,
    5. biarkan seketika pada suhu bilik supaya ikan lembut.
    6. Bolehlah masak dengan cara – grill bakar, goreng atau pun steam…

 Memang Senang Kerja Mak!

You may also like