Daging Dendeng Minang

(Info & Gambar dari : facebook)

 

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kilo daging batang pinang
  • 2 sb ketumbar – tumbuk
  • 4 sb kicap manis
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – ketuk
  • Gula garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR :

  • 6 tangkai lada besar
  • 10 tangkai cili kering – rebus
  • 1 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar biji Ketumbar
  • 2 inci halia

 

 

CARA MEMASAK :

1. Rebus daging bersama ketumbar hingga lembut..angkat toskan..tunggu sejuk, hiris nipis2 taruk kicap gaul2…kemudian
goreng..angkat letak tepi dulu..

2. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan serai, daun limau purut, gula garam dan daging.. taruk air panas 1 cawan..masak sehingga kuah kering.. siap

 

Resipi ni Kak Jemz masih tak cuba lagi… bila dah cuba nanti Kak Jemz akan berikan bintang berdasarkan kadar kesedapan mengikut citarasa keluarga Kak Jemz…!

You may also like