|

Belajar Cara Buat Sabun Basuh Pinggan Homemade

Minyak terpakai jangan dibuang kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar. Antara alternatif terbaik adalah menjadikannya sabun basuh pinggan.

 

Jom lihat video di bawah macam mana mudahnya buat sabun basuh pinggan dari minyak masak terpakai ni…

Hanya belajar cara tukarkan minyak masak kepada sabun maka terhasillah sabun yang selamat dan menjimatkan.  Apa yang paling penting anda boleh recycle minyak masak terpakai tu tanpa perlu membuangnya ke dalam sinki. 

Bahan Utama Untuk Buat Sabun Basuh Pinggan

Ada 3 bahan utama yang diperlukan 

  1. Minyak Masak Terpakai
  2. Air 
  3. Lye

 

Kesemua bahan yang disenaraikan ini tidak memerlukan kos yang besar, kerana minyak masak terpakai ini mmg telah sedia ada di rumah (melainkan kalau anda tidak memasak makanan di rumah). 

 

Air pula, anda boleh gunakan air paip yang ditapis atau boleh beli air minuman atau air mineral. Elakkan dari guna air paip secara terus kerana ia mengandungi bahan-bahan mendakan yang akan menjejaskan sabun kita nanti.

 

Selain air biasa, anda boleh menggunakan jus perahan limau atau lemon. Limau atau lemon ini sifatnya menghilangkan kesan minyak. 

 

Apa yang anda perlu beli adalah Lye.. 

Anda boleh mencari di kedai-kedai barangan hardware. 

Anda juga boleh membelinya secara online di shopee atau lazada .. 

Klik pada link yang diberikan.

Lye Jenis Flake

Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu.

Membuat sabun basuh pinggan sendiri ini memang mudah. Tetapi anda perlu tahu perkara asas dulu sebelum anda bermula

 

1.Anda perlu ikut resipi sabun yang diberikan. 

Sekiranya anda baru ingin mencuba, anda perlu ikut setiap sukatan bahan yang diberikan. Ini kerana terdapat  formula dan pengiraan tertentu untuk menghasilkan sabun tersebut. Jadi sebagai orang baru tak payah pening-pening cipta formula sendiri, ikut je resipi yang diberikan. Selepas dah pandai nanti, baru cipta resipi sabun sendiri!

 

2. Perlu asingkan barangan dan alatan yang digunakan untuk buat sabun. Selepas anda gunakan alatan untuk buat sabun, jangan pula guna alatan yang sama tersebut untuk memasak.

 

3. Fahami langkah dan panduan keselamatan untuk mengendalikan Lye.

Baca sini dulu apa itu LYE >>>Klik sini

Kelebihan Buat Sabun Basuh Pinggan Sendiri

Kelebihan pertama

Sekiranya anda tahu cara atau belajar cara buat sabun basuh pinggan sendiri, anda gerenti akan menjimatkan belanja dapur anda untuk membeli sabun pencuci. Dengan kuantiti 200ml minyak masak terpakai yang percuma tu anda boleh menghasilkan sabun buku ala sabun axion yang tahan sehingga 2-3 minggu. Bayangkan kalau sebotol minyak masak 5 liter tu..Bertahun boleh guna tak payah beli, memang jimat kaw-kaw lah. Buat stok banyak-banyak dan simpan. Bukan basi pun. Siap boleh bagi jiran.

Kelebihan kedua

Sebenarnya, ramai tidak sedar bahawa bahan terbuang pun boleh jadi duit asalkan kita tahu, kita belajar & kita buat. Sejak musim PKP, ramai yang tak boleh berniaga, hilang punca pendapatan. Anda boleh gunakan ilmu membuat sabun ini untuk menjana pendapatan tambahan  dari rumah.

 

Baca pengalaman Cikpuan Noraishah di bawah.  Dalam seminggu je dah balik modal join kelas. Laku betul sabun homemade ni… 

sabun-basuh-pinggan

Kelebihan ketiga

Macam yang anda baca di atas, sabun yang dihasilkan sendiri ini adalah lebih lembut dan natural kerana tiada bahan tambahan yang boleh menyebabkan kulit kering atau alahan. Kerana itulah permintaannya tinggi. Ramai orang mencari. 

 

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kasar dan mengelupas boleh cuba buat sendiri sabun basuh pinggan.

Kelas Buat Sabun Online

Sekiranya anda berminat untuk belajar cara buat sabun basuh pinggan atau serius nak jana pendapatan dengan menghasilkan pelbagai jenis sabun boleh join mana-mana kelas-kelas yang ditawarkan di bawah.

 

Belajar online guna phone je, lebih mudah dan fleksibel. 

Lihat Antara Hasil Mereka Yang Telah Mencuba

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang hobi dan kraf buat sabun, boleh layari website MySabun.Com 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *