Jom Bercuti!

Pulau Jeju, Korea

Anda Ingin melancong ke Pulau Jeju? Mencari  hotel dan tempat menarik untuk dilawati? Memerlukan info restoran yang menyediakan makanan mesra muslim?  Anda boleh rujuk semuanya di sini… Jom baca lagi..

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram

Kenali Pulau Jeju

Sebelum kita nak pergi melancong ke Jeju Korea, apa kata kita cari dulu info berkenaan pulau ini.

Berdasarkan wikipedia – Pulau Jeju atau  Jeju-do  terletak di sebelah selatan Semenanjung Korea. Dengan anggaran keluasan 1,848km persegi,  ia adalah pulau terbesar di Korea. 

Topografi pulau ini terbentuk sekitar 2 juta tahun lalu akibat aktiviti letusan gunung berapi. Di tengah-tengah pulau terdapat Gunung Hallasan. Ia merupakan sebuah gunung berapi yang tertinggi di Korea Selatan.  Keindahan alam semula jadi di sana membuatkan Pulau Jeju begitu popular dan kerap menerima kunjungan pelancong dari serata dunia. Ia juga turut diisytiharkan sebagai salah satu daripada Tapak Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO.

Pulau Jeju terbahagi kepada 2 bandar besar yang menjadi tumpuan utama pelancong, iaitu:

  1. Jeju City  (Jeju-si) – Ia adalah ibu kota & bandar terbesar Jeju. Terletak di bahagian  utara Jeju 
  2. Seogwipo City (Seogwipo-si) – Terletak di bahagian selatan Jeju

Selain dua bandar utama ini, terdapat juga wilayah-wilayah kecil di kawasan timur dan barat  Pulau Jeju 

  1. Jeju Timur   – Gimnyeong & Seongsan
  2. Jeju Barat.  – Aewol & Hallim 

Sistem navigasi seperti GPS, Waze dan Google Map tidak beberapa membantu ketika di Jeju.  Boleh cuba download Kakao Map   di telefon bimbit anda.  Setkan Favorites untuk tempat-tempat yang dinyatakan di sini supaya anda mudah mencarinya nanti. Bookmark page ini tau, semoga ia dapat membantu anda waktu kat sana nanti.

Mencari Restoran Makanan Halal di Jeju

Untuk makluman semua, Korea Tourism Organization (KTO) dengan kerjasama Korea Muslim Federation (KMF) telah mewujudkan satu sistem dan tag pengiktirafan  pada kedai makan di Korea bagi memudahkan pelancong muslim mencari makanan halal ketika berada di sana.  Terdapat 4 kategori kedai seperti di bawah

Penerangan
 

1) Halal Certified – Maksudnya telah diiktiraf oleh KMF. Jadi boleh la makan tanpa was-was.

2) Self Certified – Takde pengiktirafan secara rasmi dari KMF tapi oleh sebab penjual dan empunya kedai itu muslim, secara automatiknya makanan yang dijual InsyaAllah halal.

3) Muslim Friendly – Owner bukan muslim, tetapi mereka mempunyai menu halal & tidak menjual makanan berasaskan babi.

4) Pork Free – Kedai ini tidak menjual makanan berasaskan daging babi.  Oleh kerana ia tidak menyediakan menu khas untuk muslim, anda perlu berhati-hati dengan penggunaan alkohol yang mungkin dicampurkan ke dalam masakan. 

Mencari yang halal adalah tanggungjawab setiap individu. Carilah maklumat sebelum membuat keputusan . Sekiranya timbul keraguan, lebih baik elakkan.

Lokasi Tempat Menarik & Restoran Mesra Muslim Di Pulau Jeju

- Klik pada map untuk imej yang lebih besar dan jelas.-

Map Pulau Jeju di atas ini menunjukkan lokasi tempat menarik untuk dilawati. Ia juga menyenaraikan restoran-restoran mesra muslim yang menghidangkan menu halal atau makanan berasaskan makanan laut  (tanpa campuran alkohol dan penggunaan bahan berunsurkan daging) yang terdapat di sekitar pulau ini.  Maklumat ini diperolehi berdasarkan pencarian digoogle.  

 

Kawasan : Jeju City

Bandar Jeju mempunyai banyak kedai makan halal dan mesra muslim. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai yang disenaraikan ini menggunakan pengangkutan awam sahaja.  Kalau nak cari hotel yang berhampiran tempat makan boleh klik je map yang diberikan.

Booking.com

Kawasan : Seogwipo-City (Selatan Jeju)

Kurang dari sejam memandu dari Bandar Jeju, Seogwipo adalah bandar kedua terbesar di Jeju. Pada bulan Julai 2006, sempadan Seogwipo diperluaskan sehingga merangkumi keseluruhan separuh bahagian selatan pulau Jeju. Terdapat banyak hotel dan tempat pelancongan terdapat di bahagian selatan Jeju ini.  

Booking.com

Kawasan : Gimnyeong & Seongsan (Timur Jeju)

Terdapat banyak tempat tarikan semula jadi terbaik di sini!

 

Booking.com

Kawasan : Barat Jeju

Jangan biarkan permata tersembunyi di pantai barat pergi tanpa dijelajahi!

Booking.com