AYAM RENDANG BERKUAH HIJAU SIMPLE

 

Bahan-bahan Utama

  • Setengah ekor ayam dipotong kecil

Bahan kisar :

  • Beberapa tangkai cili api (warna hijau je)- ikut tahap kepedasan yang diperlukan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 biji bwg besar
  • 2 btg serai
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 biji buah keras (optional)
  • Gula melaka (atau gula biasa)

**Blend semua dgn sikit air jadikan pes**

Bahan lain : 

  • 200 ml santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 3 Asam keping
  • Garam secukup rasa

 

Cara – cara 

1) Dalam periuk, cairkan pes yang telah diblend bersama secawan air. Kacau rata

2) masukkan ayam, asam keping, daun kunyit

3) Buka api dan masak ayam sehingga empuk

4) Masukkan santan pekat, daun limau purut, daun kunyit dan masak seketika sehingga mendidih.

5) Perasakan dengan garam.

6) Tutup api dan sedia untuk dihidang

You may also like