apa itu law of attraction

Apa Itu Law of Attraction? Menarik Rezeki & Hajat

Law of Attraction (LoA) adalah konsep yang semakin popular di kalangan masyarakat global. Dalam versi yang popular di Barat, konsep ini menekankan kekuatan minda boleh “menarik” apa sahaja yang diinginkan! Ia menekankan bahawa kuasa minda –  niat dan tindakan positif mampu menarik kekayaan, kejayaan, kebahagiaan, dan rezeki.

Namun, apakah konsep ini selaras dengan ajaran Islam? Dalam artikel ini, kita akan mengupas tentang apa itu Law Of Attraction dan  membandingkannya dengan pendekatan Islam.

Apa Itu Law of Attraction Menurut Perspektif Non-Muslim?

Konsep LoA dalam pemahaman Barat sering dihubungkan dengan prinsip seperti:

  1. Kekuatan Fikiran Positif – Berfikir tentang apa yang diinginkan seolah-olah ia telah tercapai.
  2. Visualisasi – Membayangkan dengan jelas apa yang diinginkan, sama ada rumah idaman, kekayaan, atau hubungan harmoni.
  3. Energi Universe – Kepercayaan bahawa alam semesta memiliki “tenaga” yang akan memberi balasan berdasarkan frekuensi fikiran kita.
  4. Self-Centered Approach – LoA dalam konteks ini sering menjadikan manusia pusat kepada semua kejayaan, tanpa merujuk kepada kuasa yang lebih tinggi.
  5. Kuasa Minda & Affirmation – Pendekatan ini menolak kebergantungan kepada Tuhan dan menggantikan ‘doa’ kepada  “affirmation” di mana ia perlu dilakukan dengan fokus (khusyuk) dan berulang-ulang untuk ia tertanam di dalam otak dan dengan kuasa minda bawah sedar akan bertindak menarik impian menjadi kenyataan.

Jadi adakah konsep Law Of Attraction yang menjadi topik hangat di barat ini benar-benar hebat dan mampu menarik rezeki?

Penjelasannya mudah, Allah Maha Penyayang, setiap permintaan dari hambanya sama ada muslim atau non muslim yang dilakukan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh pasti akan dimakbulkan mengikut cara yang dikehendakiNya.

Sesuai dengan Ayat AlQuran

 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” (QS. Al-Baqarah: 186)

Tetapi bagi  orang muslim, kita yakin semuanya dengan izin Allah jua. 

IKLAN

Konsep Law of Attraction Menurut Islam

Dalam Islam, konsep yang menyerupai Law of Attraction wujud tetapi ia berlandaskan tauhid, kebergantungan 100% kepada Allah, dan pemahaman bahawa segalanya berlaku hanya dengan izin-Nya. 

Berikut adalah prinsip utama:

1. Tawakal (Kebergantungan Kepada Allah)

Islam mengajarkan bahawa segala usaha manusia mesti diiringi dengan tawakal kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung; ia keluar di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Tirmizi).

 Tawakal bukan bermaksud hanya berdoa tanpa usaha, tetapi ia bermaksud percaya bahawa Allah yang mengaturkan hasilnya setelah kita melakukan yang terbaik.

 

2. Doa sebagai Magnet Menjemput Rezeki 

Doa adalah “tool” utama dalam menarik keberkatan dan rahmat Allah. Setiap doa yang dilakukan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh pasti akan dimakbulkan. . 

Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.” (Surah Ghafir: 60).

 

3. Usaha Langit dan Usaha Dunia

Law of Attraction dalam Islam menekankan keseimbangan antara usaha dunia (usaha fizikal) dan usaha langit (doa, zikir, sedekah). Contohnya:

  1. Amalan solat Tahajud untuk memohon hajat.
  2. Sedekah untuk menarik keberkatan rezeki.
  3. Zikir seperti “Subhanallah wa bihamdih, Subhanallahil azim” sebagai amalan harian.

4. Berbaik Sangka dengan Allah (Husnuzon)

Kepercayaan bahawa Allah mengatur yang terbaik untuk hamba-Nya adalah kunci kepada ketenangan jiwa.

Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman:
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ingat: Berfikir positif dalam Islam bermaksud bersangka baik dengan Allah, bukan sekadar kepada tenaga alam semesta.

 

5. Ketenangan Hati dan Reda

Islam mengajarkan bahawa kebahagiaan sebenar bukan datang daripada material semata-mata, tetapi melalui ketenangan hati.

Al-Quran menegaskan:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28).

Cara Mempraktikkan Law of Attraction secara Islamik

1. Perbetulkan Niat

Setiap keinginan mestilah kerana Allah dan perlu selaras dengan ajaran islam.

 

2. Doa dan Tawakal

Berdoa dengan penuh keyakinan, kemudian usaha untuk mendapatkan hajat tersebut tapi dalam masa yang sama bertawakal kepada Allah 

 

3. Amalan Konsisten

Solat, zikir, dan amalan sunat adalah cara utama menarik keberkatan.

 

4. Visualisasi dengan Keyakinan kepada Allah

Bayangkan kejayaan anda dengan keyakinan penuh bahawa Allah akan memakbulkannya.

Kesimpulan

Law of Attraction merupakan konsep yang memang telah sedia ada dalam Islam. Ia baru ditemui di barat dan akibat kesan yang luar biasa, ia menjadi popular. Walaubagaimana pun konsep yang diamalkan di barat berbeza dari segi akidah kerana menganggap kesan kejayaan itu adalah berpunca dari diri sendiri semata-mata dan bukan kerana kekuasaan Tuhan.

Manakala dalam Islam menjelaskan bahawa semua yang terjadi adalah melalui gabungan doa, usaha, tawakal, dan husnuzon kepada Allah. Law of attraction dalam islam bukan sekadar menarik rezeki dan kejayaan tetapi juga melatih hati untuk sentiasa bersyukur dan tenang kerana tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa izin Allah. 

Jika anda ingin belajar  lebih lanjut mengikut ilmu Law Of Attraction Berdasarkan Konsep Islamik boleh sertai Kelas Nafas Doa. Kelas bimbingan ini bukan sahaja membantu anda menarik keberkatan rezeki tetapi juga membina hubungan yang lebih erat dengan Allah. InsyaAllah..

Baca kisah selanjutnya di bawah 

Shopping Cart
Scroll to Top