Cara Memulakan Perniagaan online
|

8 Tips Anda Perlu Tahu Untuk Mula Business Online Dari Rumah

Ramai yang mencari idea dan cara untuk buat Business Online Dari Rumah. Tetapi rasa takut untuk menjalankan perniagaan diinternet ini membuatkan kebanyakan orang berlengah-lengah untuk memulakannya.

 

Ketakutan yang biasanya menjurus kepada hakikat bahawa mereka.

 1. Tak tahu bagaimana untuk melakukannya
 
2. tidak tahu di mana dan cara untuk bermula.
 
Jangan risau, keistimewaan business online ni, kita boleh mula secara sambilan dulu. Jadi jangan terus hantar surat resign tau. 😉 
 

Business Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Menjana Pendapatan Di Rumah?

 

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis dan bidang e yang anda boleh pilih.  Kesemuanya adalah sah di sisi agama dan undang-undang.

Anda boleh semak dari senarai di bawah dan pilih salah satu, beberapa atau kesemuanya sekali jika anda mahu.

Tapi perlulah pastikan ianya sesuai dengan pengetahuan dan minat anda.

Di bawah ini saya senaraikan jenis-jenis perniagaan online yang popular dan berpotensi menjana keuntungan buat anda:

Pertama:  Buat Duit Online Dengan Menawarkan Perkhidmatan

 

Ianya adalah perniagaan berasaskan perkhidmatan di mana anda menawarkan beberapa jenis perkhidmatan kepada pelanggan yang berpotensi.

Antara perkhidmatan yang boleh anda tawarkan adalah:

  • Penulisan
  • Mereka Bentuk Laman Web Dan Grafik
  • Perakaunan dan Simpanan Kira-Kira
  • Perkhidmatan Fotografi Produk
  • Perkhidmatan Penghantaran Barangan
  • Menjadi Guru Tuisyen
  • Lain-lain perkhidmatan yang anda mahir melakukannya
 

Pemilik-pemilik perniagaan kecil khususnya tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan semua tugasan seorang diri. Jadi mereka mengupah orang luar (outsource) untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Mereka mencari orang yang dapat menawarkan perkhidmatan yang mereka perlukan supaya dapat menjimatkan masa dan kos mereka daripada menggajikan pekerja.

Jika anda mempunyai pengalaman dalam bidang-bidang di atas, anda boleh menawarkan diri sebagai penyedia perkhidmatan tersebut. Secara tidak langsung anda dapat memulakan langkah dalam memulakan perniagaan anda sendiri.

Kedua: Buat Duit Dengan Menjual Produk Fizikal

 

Ada beberapa jenis produk fizikal

  1. Menjual produk jenama sendiri  – Apa yang anda perlukan ialah sedikit kekreatifan dan kemahiran dalam mencipta produk anda sendiri. 
  2. Menjual produk orang lain – Anda boleh membeli barangan secara pukal terus dari kilang atau pembekal dan menjualnya secara online.

Ketiga: Buat Duit Dengan Dropship dari platform-platform marketplace seperti Shopee, Lazada, E-Bay, Shopify dan banyak lagi

 

 Ini merupakan satu lagi perniagaan yang amat popular di internet. Anda boleh menjual apa sahaja barangan yang anda boleh tawarkan dan anda juga boleh menjualnya secara dropship. Jika anda melakukan carian di laman shopee atau lazada, anda akan melihat pelbagai barangan di sana. Ada yang menjual produk makanan, barangan yang terpakai, barangan berjenama dan juga barang-barang yang di ambil terus dari kilang.

Tetapi jika anda benar-benar mahu membuat wang dalam perniagaan seperti ini, anda perlu memasarkannya di tempat lain untuk mendapatkan lebih banyak pembeli.

Keempat : Buat Duit Dengan Program Affiliate

 

Ini adalah perniagaan di mana anda menjual produk orang lain dan mendapatkan komisyen darinya. Biasanya anda akan mendapat komisyen yang telah ditentukan oleh penganjur atau pun pemilik produk berkenaan. Namun dalam beberapa kes, anda juga boleh membuat wang dari klik yang terhasil dari laman web anda.

Setiap program affiliate mempunyai sistem di mana ia akan mengesan dari mana klik setiap jualan dihasilkan. Jika jualan dihasilkan melalui link affiliate anda, maka anda akan mendapat komisyen. Untuk menjadi agen affiliate, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisikan butiran peribadi anda dengan tepat terutamanya pada ruangan cara pembayaran dan nombor akaun anda. Ini penting untuk memastikan komisyen anda masuk terus ke dalam akaun anda.

Kelima: Buat Duit Dengan Menjual Produk Informasi

 

Internet adalah tempat yang hebat untuk anda menjual pengetahuan anda. Ramai orang sanggup membayar untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang mereka perlukan. Jika anda mempunyai maklumat-maklumat yang sukar untuk dijumpai di dalam enjin carian, maka peluang anda untuk menjadi kaya adalah sangat besar.

Produk-produk maklumat terdiri dari pelbagai bentuk. Di antaranya ialah:

  • E-Books
  • E-Courses
  • Tutorial
  • Panduan
  • Podcasts

Ia adalah produk maklumat popular yang dicari oleh pengguna internet di seluruh dunia. Jika anda mempunyai sesuatu untuk dikongsikan, mungkin anda boleh menjadikan ianya perniagaan anda.

Keenam: Buat Duit Dengan Blogging

 

Blogging ialah satu cara untuk orang ramai berhubung dengan orang lain melalui internet. Anda boleh berkongsi gambar, cerita dan pengalaman anda di sana. Ia merupakan jurnal atau catatan harian yang boleh dikemaskini setiap hari atau setiap minggu dan ianya adalah cara terbaik untuk meninggalkan jejak anda di alam cyber. Blog juga menjadi satu alat pemasaran yang hebat untuk menjana wang. Info ini akan diceritakan lebih lanjut di post yang lain.

Ketujuh: Buat Duit Dengan Coaching

 

Program Coaching ialah di mana seseorang yang berpengetahuan khusus berkongsikan pengetahuan tersebut dengan orang lain dengan sedikit bayaran. Kebiasaannya mereka yang menjalankan program ini terdiri daripada mereka-mereka yang telah berjaya di dalam sesuatu bidang. Coaching boleh merangkumi pelbagai bidang yang ‘guru’ tersebut pakar daripada bidang penulisan, pengiklanan, pemasaran dan sebagainya.

Jika anda mempunyai pengetahuan yang baik atau pengalaman yang luas dalam bidang-bidang tertentu, maka anda bolehlah mempertimbangkan untuk menjadi jurulatih di internet.

Kelapan: Buat Duit Dengan Desktop Publishing

 

Berita baik buat anda yang tahu menggunakan perisian-perisian seperti Microsoft Office dan Photoshop kerana ianya adalah lubuk emas bagi anda. 

Jika anda seorang yang kreatif dan boleh menggunakan komputer dengan baik, anda boleh membuat pertimbangkan untuk menceburi perniagaan online ini. Perniagaan ini dinamakan Destop Publishing atau dalam bahasa kita dipanggil penerbitan atas meja, di mana anda buat duit dengan melakukan servis rekaan grafik produk seperti dokumen, flyers, brochures, kalendar dan iklan. 

Anda Mempunyai Minat & Kemahiran Tetapi Tak Tahu Mana Nak Mula?

Sekiranya memerlukan panduan cara untuk bermula. Boleh klik siniKlik Sini untuk lebih jelas

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *