About Me

Assalaammualaikum dan Salam Perkenalan…

Apa nak cerita ni ye…? Eeeemmmm..

❇️ Nama glemer Adjem.Z..atau Kak Jemz ..

❇️ Jawatan terkini… Pengurus Besar Hal Ehwal Rumah Tangga.

Jawatan ini telah dipegang sejak tahun 2006 lagi… Sesambil menjalankan urusan perniagaan import export sabun… www.mysabun.com.my

❇️ Mempunyai seorang penyokong tegar dan  3 + 1/2 orang pengikut setia (terkedek-kedek ke mana-mana pun bersama-sama 😜 )

 

Kenapa nak buat Blog?

Sebelum ini pernah juga mempunyai blog dan saluran youtube.  Bertahun tak ber’update’. Bersawang dah..

Tetapi apa yang tak disangka-sangka, baru-baru ni Kak Jemz dapat cek dari Google bernilai $130++ ….hasil dari youtube dan blog yang dah bersawang tu…hehehhe.. Macam tak percaya kan..?!

Oleh sebab itu laa, Kak Jemz berhasrat untuk cuba mengaktifkan diri semula dalam arena memblog’in & youtube’in.  Sambil-sambil belajar rahsia jana duit secara online dengan blog dan youtube dengan lebih lanjut, dapat juga mengisi masa lapang dan berkongsi cerita dengan korang semua…

Nanti korang rajin-rajin la klik butang Work@Home  dan jangan lupa untuk Subscribe blog ni tau.. Kak Jemz akan try share maklumat dengan korang  tentang

1) Peluang perniagaan dan kerja dari rumah terkini yang boleh dilakukan secara online

2) Camne nak buat duit dengan blog dan youtube – 2019.

Semuanya akan berdasarkan pengalaman Kak Jemz yang masih baru  ni..

Kak Jemz bukanlah seorang yang pakar , masih dalam peringkat merangkak dan belajar lagi. Jadi Kak Jemz nak ajak korang belajar bersama-sama.. Boleh juga kita jana pendapatan tambahan keluargaaa…

 

Selain itu apa lagi yang menarik akan di share ?

Kepada yang masih tak tau, Kak Jemz adalah Pengasas produk MySabun.Com.. (beroperasi secara online sejak dari 2007). Kami membekalkan bahan mentah dan peralatan membuat sabun terutamanya kepada pelanggan yang berminat untuk memulakan hobi dan perniagaan kecil-kecilan sambilan dari rumah.

Sekiranya korang berminat nak buat biz kecil-kecilan dari rumah jual sabun cenderahati ke, sabun kecantikan berasaskan bahan organik ke atau nak jadi dropship mysabun, boleh la check info  dan tutorial dalam blog ini. Idea-idea biznes berkaitan barangan sabun ni pun akak akan share dalam ruangan  Work @ Home

Di ruangan Online Tutorial pula, Kak Jemz akan berkongsi maklumat kelas online dan aktiviti-aktiviti yang boleh dicuba untuk menambahkan lagi kemahiran dan pengetahuan kita. Tutorial membuat sabun juga akan Kak Jemz sharekan di situ. Pada yang tak tau nak buat business apa dari rumah, boleh la cuba kelas online yang ditawarkan. Bila dah pandai, boleh laa belajar buat website / blog , buat promosi online dan seterusnya jana pendapatan terus dari rumah…

Kalau korang nak beli produk MySabun.Com atau produk lain secara online.. klik kat Online Shop.

Selain produk MySabun, Kak Jemz juga bekerjasama dengan beberapa syarikat lain untuk mempromosikan dan menjual barangan keluaran mereka.  Ada produk dropship dan juga link affiliate. Sekiranya korang berminat nak buat pembelian, klik la link yang ada yee.. Ribuan terima kasih diucapkan kerana ia akan menjadi sebagai pendapatan pasif Kak Jemz.  Jadi dapatlah Kak Jemz meluangkan lebih banyak masa berkongsi lebih banyak info dalam blog ini dengan harapan perkongsian Kak Jemz tu dapat memberi manfaat pada orang lain pula. ..

Pada yang berminat untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan boleh la hubungi Kak Jemz.  

SPAMMER & SCAMMER adalah dilarang!

 

Steve Jobs

 

Sharing is Caring is a common phrase but had a big meaning that when we share something with someone else it is equal to caring them. we show care and our interest in them by sharing, sharing is not only limited to tangible things, we can share an intangible thing as well like a spiritual thought, any kind of idea, our learning’s or may be our experiences.

 

XOXO!