15 Tips Masakan Simple dan Cepat - Untuk Ibu Bekerja

Balik kerja penat, anak-anak dah lapar. Nak masak cepat tapi otak jem fikir lauk apa. Artikel ini kongsikan 15 tips Masakan Simple dan Cepat khas untuk ibu yang sibuk– lengkap dengan masalah & solusi praktikal yang boleh terus dipraktikkan.

Pengenalan

Realiti ibu bekerja memang mencabar. Lepas seharian di pejabat atau menguruskan kerja luar, balik rumah tetap kena fikir soal makan malam keluarga. Kalau tak masak, kena beli lauk kedai. Masalahnya – lauk kedai makin mahal, rasa pun tak tentu sedap.

Akibatnya ramai ibu rasa stress:

  • Penat kerja + penat masak

  • Anak-anak jemu lauk sama

  • Kos makan harian makin tinggi

Sebab itu penting ada cara masakan simple, cepat, mudah & sedap khas untuk ibu sibuk. 

IKLAN

Kenapa Ibu Sibuk Perlu Cari Cara Masak Cepat?

Masak sendiri ada banyak kelebihan berbanding beli lauk kedai:

  • Lebih jimat – kos bahan mentah jauh lebih rendah.

  • Lebih sihat – kita boleh kawal minyak, garam, gula.

  • Lebih puas hati – anak-anak makan lauk air tangan ibu sendiri.

Dengan teknik yang betul, ibu sibuk tetap boleh masak walaupun balik kerja dah lewat.

15 Tips Memasak Untuk Ibu Sibuk

1. Rancang Menu Mingguan

Masalah biasa: setiap hari pening nak masak apa.
Solusi: Buat jadual menu seminggu sekali. Contoh: Isnin kari ayam, Selasa ikan goreng sambal, Rabu tomyam. Bila ada plan, shopping barang pun lebih teratur.

2. Meal Prep Hujung Minggu

Ramai ibu akhirnya beli lauk kedai sebab malas nak kupas bawang malam-malam.
Solusi: Luangkan masa hujung minggu untuk kisar cili, kupas bawang & halia. Simpan dalam bekas kecil atau freezer. Contoh: tumisan sambal dah ada, tinggal campak ayam, siap 10 minit.

Meal Prep Cara Praktikal Untuk Ibu Bekerja
Balik kerja penat, anak-anak dah lapar. Nak kupas bawang pun rasa malas. Artikel ini kongsikan cara meal prep hujung minggu khas untuk ibu bekerja supaya ...
Read More →

3. Guna Pes Masakan Serbaguna

Masa paling banyak habis biasanya dekat menumis.
Solusi: Gunakan pes masakan. Contoh: Pes Adjemz dah lengkap dengan bawang, cili, rempah. Tak perlu kupas, tak perlu kisar, tak perlu tumis lama-lama. Satu pes boleh jadi asas untuk kari, asam pedas, tumisan atau perapan.

4. Masak Kuantiti Lebih

 Nak masak tiap-tiap hari memang penat.
Solusi: Masak lauk tahan lama dalam kuantiti lebih. Contoh: kari ayam, rendang, sup sayur. Bahagi ke bekas kecil, simpan dalam peti sejuk. Esok tinggal panaskan saja. 

5. Gunakan Peralatan Elektrik

Balik lewat, memang tak sempat nak jaga dapur.
Solusi: Air fryer untuk goreng ayam tanpa minyak, pressure cooker untuk kari siap 20 minit, multicooker untuk sup. Contoh: ayam + pes kari + sayur masuk multicooker, tekan butang, lauk siap tanpa tunggu.

6. Sediakan Bahan Frozen

Masalah: tak sempat nak perap ayam atau ikan.
Solusi: Buat stok frozen siap perap. Contoh ayam kunyit, ikan garam kunyit, daging black pepper. Bila nak masak, tinggal keluarkan & terus goreng.

Meal Prep Cara Praktikal Untuk Ibu Bekerja (2)

7. Masak One Pot Meal

Balik kerja, tenaga tinggal separuh.
Solusi: Pilih menu lengkap dalam satu periuk. Contoh: nasi goreng sayur + telur, pasta ayam, bubur nasi ikan bilis. Kurang periuk, kurang masa.

8. Masak Lauk Versatil

Anak-anak cepat jemu lauk sama.
Solusi: Masak lauk asas yang boleh dipelbagaikan. Contoh sambal tumis – hari pertama ikan bilis, hari kedua telur, hari ketiga sotong.

9. Pilih Resipi 3–5 Bahan

Masak complicated memang buat ibu give up.
Solusi: Fokus resipi ringkas. Contoh ayam masak kicap (ayam + kicap + bawang + cili) atau sayur sos tiram (sayur + bawang putih + sos tiram). Simple tapi sedap.

10. Libatkan Ahli Keluarga

Masak sorang-sorang memang rasa beban.
Solusi: Ajak anak & suami bantu. Anak boleh basuh sayur, suami potong bawang. Jadi teamwork, kerja jadi ringan & seronok.

12. Masak Awal Pagi atau Malam

Balik kerja letih, memang tak larat nak masak.
Solusi: Masak awal pagi sebelum keluar kerja, atau masak malam untuk bekal esok. Jadi walaupun sibuk, tetap ada lauk air tangan sendiri.

13. Simpan Resipi Penyelamat

Kadang-kadang idea habis.
Solusi: Simpan 3–4 resipi ekspres. Contoh: telur dadar sambal kicap, maggi goreng sayur, ikan goreng berlada. Boleh siap dalam 10 minit.

14. Sediakan Stok Kering

Balik rumah baru sedar lauk basah habis.
Solusi: Pastikan dapur ada stok kering – bihun, pasta, telur, sardin. Contoh: sardin goreng cili bawang + nasi panas. Mudah & cepat.

15. Teknik Batch Cooking

Nak masak menu baru tiap hari memang susah.
Solusi: Masak asas sekali banyak, tukar gaya masakan. Contoh: goreng ayam banyak-banyak, simpan dalam freezer. Esok jadi ayam kicap, lusa ayam masak merah, seterusnya ayam kunyit. Dari satu bahan, jadi pelbagai lauk.

Batch Cooking Rahsia Jimat Masa & Mudah Masak Untuk Ibu Bekerja
Masak setiap hari memang memenatkan. Dengan teknik batch cooking, ibu bekerja boleh masak sekali banyak, simpan elok-elok, dan hidangkan lauk berbeza setiap hari.
Read More →

Bonus: Pes Masakan Serbaguna, Kawan Baik Ibu Sibuk

Kalau nak jimat masa lebih lagi, gunakan Pes Adjemz.

  • Tak perlu kupas bawang

  • Tak perlu kisar cili

  • Tak perlu tumis lama-lama

  • Satu pes boleh jadi banyak menu

👉 Set 5 Pes Adjemz ada 5 rasa, boleh buat 1001 menu. Sesuai untuk ibu sibuk, pelajar, dan orang bujang.

Penutup

Menjadi ibu sibuk bukan bermakna tak boleh masak untuk keluarga. Dengan 15 tips ini, awak boleh jimat masa, jimat duit, dan tetap hidangkan makanan sedap & sihat untuk anak-anak.

👉 Kalau nak lebih mudah, cuba gunakan Pes Adjemz – masak dalam 10–15 minit je, rasa tetap macam masakan kampung.

📌 Klik sini untuk dapatkan set 5 pes Adjemz – 5 rasa, 1001 menu masakan.
📌 Dan kalau nak, awak juga boleh daftar affiliate Adjemz – masak sambil buat duit!

Enam jenis pes, enam rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top