Meal Prep Cara Praktikal Untuk Ibu Bekerja

Ramai ibu bekerja mengeluh setiap kali balik rumah: “Nak kupas bawang pun dah malas, anak pula dah lapar.” Akhirnya, lauk kedai jadi pilihan walaupun lebih mahal & kurang sihat.

Sebenarnya ada teknik mudah untuk kurangkan beban dapur iaitu meal prep. Dengan meal prep, ibu boleh siapkan bahan siap-siap di hujung minggu, jadi bila nak masak hari bekerja, semuanya jadi lebih cepat & teratur.

Apa Itu Meal Prep

Meal prep atau meal preparation bermaksud menyediakan bahan atau makanan lebih awal untuk digunakan pada hari-hari seterusnya. Ia boleh jadi sekadar bahan asas, lauk separuh masak, atau makanan penuh yang tinggal dipanaskan.

Kenapa Meal Prep Penting untuk Ibu Sibuk?

  • Jimat masa – balik kerja tak perlu kupas bawang & potong sayur.

  • Kurang stress – tak pening fikir “nak masak apa hari ni?”.

  • Lebih jimat kos – beli barang sekali banyak, tak perlu ulang-ulang ke pasar.

  • Anak-anak tak lapar lama – lauk lebih cepat siap.

IKLAN

Masalah Masak Harian Tanpa Meal Prep

  • Penat balik kerja → malas nak kupas, blend dan tumis bawang

  • Masa lama nak potong sayur dan siang bahan mentah → anak-anak dah lapar

  • Akhirnya beli lauk kedai → lebih mahal & kurang sihat (minyak diulang guna dan campuran banyak msg)

Ada 3 Bentuk Meal Prep yang Popular:

1. Sediakan bahan asas siap-siap

  • Contoh: kupas bawang, potong sayur dan lauk→ simpan dalam bekas dan letak di dalam freezer.

  • Jadi bila nak masak, tinggal ambil & terus masak.

Meal Prep Cara Praktikal Untuk Ibu Bekerja (2)

2. Masak sekali banyak (batch cooking)

  • Contoh: masak kari ayam satu periuk besar → bahagi dalam bekas kecil.
  • Bila nak makan, panaskan satu bekas saja.
  • Klik & Baca lanjut tentang teknik batch cooking di sini –> Batch Cooking
Batch Cooking Rahsia Jimat Masa & Mudah Masak Untuk Ibu Bekerja
Masak setiap hari memang memenatkan. Dengan teknik batch cooking, ibu bekerja boleh masak sekali banyak, simpan elok-elok, dan hidangkan lauk berbeza setiap hari.
Read More →

3. Siapkan makanan sekali terus untuk beberapa hari

  • Contoh: masak lauk siap-siap untuk seminggu, simpan dalam peti ais, dan ambil ikut jadual.
  • Dengan cara ini, keluarga dapat menikmati lauk yang pelbagai setiap hari. Tidaklah mereka bosan berulang lauk yang sama.

Cara Buat Meal Prep Hujung Minggu

  • Sediakan bahan asas: bawang, cili, halia dikupas & dikisar.

  • Bahagi portion: letak dalam bekas kecil / plastik zip.

  • Bekukan: simpan dalam freezer supaya tahan lama.

  • Label: tulis tarikh & jenis bahan untuk mudah ambil.

Pes Masakan Sebagai Shortcut Meal Prep

Kalau nak lebih cepat, guna Pes Adjemz. Semua dah siap, tinggal masuk ayam, ikan atau sayur. 10–15 minit dah boleh hidang. Dengan pes Adjemz, anda tak perlu kisar dan tumis bawang, cili, halia pun – semua dah disiapkan. Bila nak masak hanya ambil sesudu dan campurkan dalam masakan. 

Contoh Meal Prep Praktikal Guna Pes Serbaguna Adjemz

  1. Ahad: Siapkan semua bahan basah, ayam, ikan,  daging, kentang dan sayur – Siang, basuh dan simpan dalam bekas ikut portion sekali makan 

  2. Isnin: Ayam masak kicap – (ayam dah diperap dengan pes halia adjemz) – Goreng ayam dan tumis bersama pes halia dan kicap.

  3. Selasa: Ikan goreng sambal – ikan diperap dengan kunyit, boleh goreng dan tumiskan dengan pes asam pedas Adjemz. Dah siap!.

  4. Rabu:  Daging Tumis Paprik (daging diperap dengan pes Lemon berempah Adjemz dan sayur dah dipotong). – Bila nak masak, tumiskan bersama tumisan lemon berempah Adjemz

  5. Khamis: Kari ayam (ayam  bersama ubi kentang) – Letakkan pes kari berempah Adjemz, ayam dan kentang, air dan santan. Terus masak  atas api sampai mendidih

  6. Jumaat : Ayam goreng kari berempah – ayam siap diperap dengan pes kari Adjemz hanya goreng atau grill sahaja. Boleh makan bersama nasi atau roti wrap.

Penutup

Meal prep adalah rahsia ibu bekerja untuk masak cepat setiap hari. Kalau nak lebih mudah lagi, cuba Pes Adjemz – shortcut meal prep yang boleh hasilkan 1001 menu.

📌 Baca juga: Tips Memasak Untuk Ibu Sibuk

Enam jenis pes, enam rasa berbeza – Dari masakan asam pedas hinggalah kari berempah. Semua boleh siap dalam masa 15 minit je!

Tak perlu fikir menu setiap hari.

Guna je satu pes, ZASS siap lauk sedap satu keluarga!

Dapatkan sekarang kerana harga promosi ini akan tamat bila-bila masa sahaja

BORANG TEMPAHAN
PES SERBAGUNA ADJEMZ

Scroll to Top